Yogyakarta merupakan wilayah tertua yang kedua di Indonesia selepas Jawa Timur. Berlbagai kerajaan telah terbina dan tumbang di wilayah ini antaranya Kerajaan Mataram Kuno (abad VIII - X) dan Kerajaan Mataram Islam (abad XVI - XVII) di Kotagede.
Keraton Yogyakarta beserta kompleks Keraton adalah salah satu tempat menarik yang popular untuk pelancong. Benteng Keraton yang kukuh dengan temboknya yang tebal adalah pelindung Keraton Yogyakarta yang teguh. Di sini pelancong dapat menikmati kemegahan sekaligus mengagumi kekukuhan benteng Keraton Yogyakarta. Di dalamnya terdapat bangunan-bangunan megah khas kerajaan Mataram Islam, dan koleksi yang unik di museum Sultan Hamengkubuwono (HB) IX, hingga koleksi-koleksi pribadi kasultanan yang tiada tandingannya. Di dalam Keraton ini terdapat Tamansari, taman kerajaan yang indah yang mesti dilawati.
Malioboro merupakan jalan yang paling terkenal di Jogja. Kotagede, adalah tempat kuno cikal bakal berdirinya Kerajaan Mataram Islam yang juga terkenal dengan kerajinan peraknya. Selain itu Kotegede juga terkenal dengan rumah-rumah Kalangnya, rumah-rumah orang kaya zaman dahulu yang berkonsep Eropa-Jawa. Tempat kuno lain yang menarik adalah Imogiri, Makam Raja-raja Surakarta dan Yogyakarta.
Sekiranya anda tiada rancangan untuk percutian seterusnya, JOGJAKARTA adalah dicadangkan untuk menjadi destinasi percutian anda seterusnya. Dapatkan pakej istimewa untuk kumpulan anda dengan menghubungi perunding CUTIMANA.
Antara pakej yang tersedia untuk YOGYAKARTA - SOLO:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan